Kami merupakan sebuah syarikat tempatan yang berkembang pesat dalam industri runcit ( Footwear) dan pemasaran jenama. Kami menawarkan peluang Latihan Industri (Internship) kepada pelajar yang berminat untuk mendapatkan pendedahan dunia kerja sebenar, membina kemahiran profesional, dan bekerja dalam persekitaran yang dinamik.
Waktu Bekerja
🕣 Isnin – Jumaat: 8:30 pagi – 5:30 petang
📅 Cuti: Sabtu & Ahad
📌 Sabtu bekerja sekiranya ada keperluan operasi atau projek
Elaun
💰 Allowance disediakan
Lokasi Kerja
📍 Seri Kembangan (sehingga Mac 2026)
📍 Balakong Jaya (bermula April 2026)
📩 Cara Memohon
Pelajar yang berminat boleh menghantar resume melalui email kepada:
📧 hr@fipperslipper.com
📧 CC: Fadila@fipperslipper.com
Sila nyatakan posisi internship yang dipohon dan tempoh latihan industri dalam emel anda.
📌 Intern – Marketing
Tujuan Posisi
Membantu pasukan Marketing dalam perancangan, pelaksanaan, dan pemantauan aktiviti pemasaran untuk meningkatkan kesedaran jenama dan jualan.
Tanggungjawab Utama
Membantu melaksanakan kempen pemasaran (online & offline).
Menyokong perancangan promosi, pelancaran produk, dan aktiviti kempen.
Membantu mengurus bahan pemasaran seperti poster, flyer, dan bahan promosi.
Mengumpul dan menyusun data kempen (reach, engagement, sales support).
Membantu koordinasi dengan pasukan lain (Retail, E-commerce, Social Media).
Menjalankan tugasan ad-hoc berkaitan pemasaran.
Keperluan
Pelajar dalam bidang Marketing / Business / Mass Communication atau berkaitan.
Berminat dalam dunia pemasaran dan jenama.
Mempunyai kemahiran komunikasi dan organisasi yang baik.
Mampu bekerja dalam pasukan dan mengikut arahan dengan baik.
📌 Intern – Social Media
Tujuan Posisi
Membantu mengurus kandungan dan aktiviti media sosial untuk meningkatkan engagement dan kehadiran jenama di platform digital.
Tanggungjawab Utama
Membantu menyediakan kandungan harian untuk media sosial (Facebook, Instagram, TikTok, dll).
Menyokong jadual posting mengikut content calendar.
Membantu membalas komen dan mesej pelanggan (di bawah pemantauan).
Membantu memantau trend media sosial dan idea kandungan terkini.
Mengumpul data prestasi posting (likes, reach, engagement).
Membantu tugasan ad-hoc berkaitan media sosial.
Keperluan
Pelajar dalam bidang Mass Communication / Media / Marketing / Digital Media.
Aktif menggunakan media sosial dan faham trend semasa.
Kreatif dan mempunyai minat dalam content digital.
Boleh bekerja dengan cepat dan mengikut deadline.
📌 Intern – Content Creator
Tujuan Posisi
Membantu menghasilkan kandungan kreatif untuk kegunaan pemasaran, media sosial, dan kempen jenama.
Tanggungjawab Utama
Membantu menghasilkan idea kandungan (foto, video, short clips).
Membantu proses penggambaran foto dan video produk.
Menyokong penulisan caption, skrip video, atau idea storytelling.
Membantu suntingan asas (video pendek / reels / TikTok).
Mengikut arahan content guideline dan brand tone.
Menjalankan tugasan ad-hoc berkaitan kandungan kreatif.
Keperluan
Pelajar dalam bidang Creative Media / Film / Broadcasting / Multimedia.
Minat dalam fotografi, videografi, dan storytelling.
Kreatif, berani mencuba idea baharu.
Mempunyai asas penggunaan telefon/kamera dan aplikasi editing adalah kelebihan.
📌 Intern – Designer
Tujuan Posisi
Membantu pasukan Design dalam menyediakan bahan visual yang selaras dengan identiti dan standard jenama.
Tanggungjawab Utama
Membantu menghasilkan bahan grafik seperti poster, banner, dan visual digital.
Menyokong keperluan visual untuk media sosial dan pemasaran.
Membantu kemaskini design mengikut arahan dan guideline jenama.
Membantu menyediakan artwork untuk cetakan atau digital.
Mengurus fail design dengan teratur.
Menjalankan tugasan ad-hoc berkaitan rekaan.
Keperluan
Pelajar dalam bidang Graphic Design / Multimedia / Visual Communication.
Mempunyai asas penggunaan Adobe Illustrator / Photoshop / Canva.
Mempunyai minat yang tinggi dalam design dan visual.
Teliti, kreatif, dan boleh menerima maklum balas (feedback).